Tuesday, June 16, 2009

PENGENALAN KEPADA PROJEK

Projek penanaman rumpai laut dimulakan hasil dari permintaan rumpai laut yang tinggi dipasaran Antarabangsa. Mengikut statistik dunia pengeluaran rumpai laut hanya 50% sahaja dapat memenuhi permintaan dunia dan 30% pengeluaran adalah datangnya dari Negara Malaysia. Sehubungan itu pengeluaran harus dipertingkatkan untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah setiap bulan. Dalam setahun sejumlah 13 bilion Usd nilai pusingan modal yang terlibat dalam perniagaan rumpai laut ini di pasaran Antarabangsa

Oleh itu syarikat Brilliance Enterperneur ingin mempelawa semua rakyat malaysia untuk mengambil bahagian dalam projek ini untuk meningkatkan pendapatan. Ia terbuka kepada semua syarikat atau individu yang ingin berkongsi mengusahakan tanaman rumpai laut ini secara komersial. Projek ini di perkenalkan kepada rakyat malaysia melalui Tiga cara iatu:

Membuat kerja penanaman sendiri dan hanya dibantu dari segi nasihat dan kemudahan kawasan,dan pembelian hasil tanaman rumpai laut setelah dituai ( pembayaran dilakukan secara tunai )

Mendapat pertolongan sepenuhnya dari syarikat untuk menjalankan perniagaan ini seperti mencari pekerja yang mahir, kawasan, kemudahan khidmat nasihat, menjual peralatan kepada pengusaha dan membeli rumpai laut setelah dituai ( pembayaran dilakukan secara tunai ) atau

Berkongsi modal dengan syarikat kami dengan menjadi sebahagian pemegang syer modal dan mendapat keuntungan secara pembahagian 60% kepada rakan kongsi dan 40% kepada syarikat. Pembayaran keuntungan dilakukan 5 hari setelah penuaian dilakukan dan secara tunai terus kedalam akaun rakan kongsi modal.


KEPERLUAN DAN PENGIRAAN PENDAPATAN

harga pasaran dan perkiraan keuntungan

harga belian syarikat selepas tuaian = RM 3000.00/ satu tan metrik

setiap satu tali menghasilkan minima 50kg satu musim penuaian
( setiap lot terdapat 20 tali )
50 kg X 20 tali ( 1 Lot ) = 1000kg
1000 kg X RM 3.00 = RM 3000.00 ( keuntungan untuk 1 lot )

Tempoh masa menuai = 60 hari selepas penanaman. ( 10 hari diperlukan untuk mengeringkan bergantung pada kekosongan ruang di pelantar )

tempoh pengeringan = 3hari diperlukan untuk mengeringkan rumpai laut

PERKIRAAN MODAL ( untuk permulaan sahaja)

Harga bibit( bibit dibeli sekali sahaja ) RM 450 untuk satu tali
Tali nylon sepanjang 250 meter RM 35.
botol plastik sebagai pelampung RM 0.30
pancang RM 200 untuk sekali bayar sahaja.

Bibit RM 450 X 7 = RM 3150.00
Tali 0.25mm - 35 X20 = RM 700
tali RM 35 X 20 = RM 700.00
Tangsi RM 120.00
pancang = RM 200.00
pelampung RM 0.30 X 1000 = RM 300.00

jumlah = RM 5170.00 ( untuk 1 lot )

Jadi jumlah modal diperlukan untuk 1 lot sebanyak RM 5170.00

perkiraan keuntungan untuk sesi penuaian pertama ( 70hari )
Sesi pertama =RM 3000. 00 - RM 5170.00 = RM -2170.00
sesi kedua = RM 3000.00 - RM 2170.00 = RM 830.00

ini bermakna untuk sesi kedua penuaian sahaja anda sudah mendapat modal anda semula berserta keuntungan RM 830.00

Perkiraan Sesi Kedua penanaman

Tidak Ada modal di perlukan untuk sesi kedua penanaman kerana semua keperluan seperti bibit, tali ,pelampung, dan pancang telah dibeli semasa permulaan dahulu.
Ini bermakna keuntungan untuk sesi kedua sehingga sesi ke-7 anda akan menerima keuntungan sebanyak RM 3000.00 untuk satu lot.

Tali nylon tersebut hanya dapat bertahan selama setahun dalam air masin jadi untuk sesi setiap selepas setahun anda perlu mengeluarkan modal RM 1400.00.


Perkiraan keuntungan setahun ( untuk 1 Lot )

RM 3000.00 X 7 sesi = RM 21000.00 +
Jadi untuk mencapai impian anda menjadi jutawan dalam setahun ada perlu menempah sebanyak 50 lot. RM 21,000.00 X 50 lot = RM 1,050,000.00 ( 1.050 juta )


MAKLUMAT TAMBAHAN

untuk 1 lot = pendapatan RM 3000.oo
untuk setiap genap 70 hari
2 lot = pendapatan RM 6000.00 untuk setiap genap 70 hari
3 lot = pendapatan RM 9000.00 untuk setiap genap 70 hari
4 lot = pendapatan RM 12000.00 untuk setiap genap 70 hari
5 lot = pendapatan RM 15000.00 untuk setiap genap 70 hari
dan seterusnya

LOKASI , LUAS KAWASAN, DAN SYARIKAT PENGENDALI PROJEK

Projek penanaman rumpai laut ini dijalankan di laut Omadal Semp0rna Sabah. Lokasi ini dipilih kerana ia bersesuaian keperluan rumpai laut untuk membesar.

Luas kawasan yang disediakan 5oo ekar

Syarikat pengandali projek : Brilliance Enterpreneur

alamat : lot 14 Taman Utara
91000 Tawau Sabah

No tel : 089 -
No Hp : 019 -8929035 ( En. Tahir pegawai pemasaran kawasan Tawau)

e-mail : jutawan76@gmail.com
website : www.jutawanlaut.blogspot.com

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan terus kepada pengurus projek melalui no telefon bimbit, melalui e-mail, atau yahoo masangger jutawan_76@yahoo.com.my


Friday, November 14, 2008

PROJEK PENANAMAN RUMPAI LAUT SECARA KOMERSIAL

PENGENALAN
Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi. Carrageenan, adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti farmasi, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.



Jenis-jenis rumpai laut :
Eucheuma Cottoni dan Echuema Spinosum adalah dua spesis rumpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni tida

  • Kriteria Pemilihan Kawasan

  • Kawasan yang mempunyai pengaliran air perlahan supaya nutrien dibawa dan diganti secara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut. Tiada arus ombak angina kuat, kawasan batu karang dan berpasir adalah yang paling sesuai.
    Elakkan daripada muara sungai atau di mana terdapat percampuran air tawar. Kemasinan air adalah antara 27-35 bahagian dalam seribu (ppt).
    Suhu air hendaklah antara 25c รข€“ 30c. paras air mestilah tidak kurang daripada 0.15 meter dalam semasa surut dan 2 meter dalam semasa.
    Dasar laut mestilah kuat supaya boleh menampung pemagaran/ pncang atat lain-lain struktur binaan manusia di atasnya.
    Lain-lain perkara yang perlu dipertimbangkan ialah kemudahan mendapat pekerja, pengangkutan dan sistem komunikasi yang baik.

Kaedah Penanaman Laut :

  • Tedapat 3 cara yang berlainan untuk menanam rumpai laut bergantung kepada peruntukan kewangan dan keadaan sekeliling:

  • 1. Penanaman secara panjang (staking) Separa rakit
    Cara ini sesuai di air yang cetek iaitu 0.5 meter.
    Tali yang sesuai direntang antara dua pancang dan seterusnya benih rumpai laut diikat ke tali yang direntang tadi.






  • 2. Penanaman secara separuh terapung

  • (semi floating)
    Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter.
    Mempunyai persamaan dengan cara di atas kecuali hujung tali diapungkan dengan pelampung. Benih digntung tali di bawah paras air dan kedudukannya akan turun naik mengikut pasang surut air






  • 3. Penanaman secara Rakit (Raft Floating)
    Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter batang kayu yang boleh terapung atau 2 unit pelampung diikat ke sauh di dasar laut supaya kedudukannya kukuh, seterusnya tali-tali diikat merentasi kedua-dua kayu / pelampung dan akhirnya benih-benih diikat pada tali-tali tersebut.